26/07/2026
๐ต๐ ๏ธ BENGKEL ASAS PENYELENGGARAAN TEKNIKAL MODENAS ELEGAN 250 ๐ต๐ ๏ธ
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Bengkel Asas Penyelenggaraan Modenas Elegan 250 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan penyertaan yang amat memberangsangkan.
Program ini telah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas penjagaan dan penyelenggaraan Modenas Elegan 250, termasuk sesi teori, demonstrasi serta latihan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Mohd Hafizal, Khairil Rohaizad dan Taiko Nan.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta untuk menjaga motosikal dengan lebih baik, meningkatkan tahap keselamatan ketika menunggang serta membantu mengenal pasti kerosakan awal pada masa hadapan.
Pihak penganjur ME250KVOC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, tenaga pengajar, urus setia serta penaja program, FT Garage Racing dan Z&C EXCELL Auto Spray atas sokongan dan kerjasama yang diberikan sehingga program ini berjaya dilaksanakan.
Semoga ukhuwah dalam komuniti ME250KVOC terus diperkukuhkan dan kita dapat bertemu lagi dalam program-program akan datang.
"Penjagaan betul, perjalanan lebih selamat dan jauh."
Terima kasih kepada semua yang hadir. Jumpa lagi di program ME250KVOC yang seterusnya! ๐ต๐ค
&CEXCELLAUTOSPRAY