31/08/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐๐-๐๐ ๐ฒ๐พ
Memenuhi jemputan ke Majlis Minum Petang sempena Sambutan Ke-70 Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) serta Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan SPPP bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi SPPP, Sdr. Datoโ Yeoh Soon Hin, atas jemputan ke program yang penuh bermakna ini.
Majlis berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran Jalur Gemilang yang dikibarkan dan disemarakkan bersama oleh peserta daripada pelbagai kaum. Semangat kebersamaan, perpaduan dan cintakan tanah air jelas terpancar dalam program ini.
Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan patriotisme terus subur dalam kalangan rakyat demi sebuah negara yang harmoni dan sejahtera.
Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan! ๐ฒ๐พ