22/05/2026
HATRICK HAIQAL CETUS DOMINASI MUTLAK PKMT FC
Drago Arena, 21 Mei 2026 – Satu perlawanan yang berat sebelah telah menyaksikan pasukan PKMT FC mempamerkan aksi luar biasa apabila berjaya membenam PKD Rembau FC dengan keputusan penuh 8-1 dalam aksi yang berlangsung semalam.
PKMT FC tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Haziq Shah Putra menjaringkan gol seawal minit pertama perlawanan. Belum sempat lawan menyusun strategi, penyerang berbisa PKMT FC, Haiqal Lupiamir meledak dua gol pantas pada minit ke-4 dan ke-6 untuk meletakkan pasukan selesa mendahului 3-0.
Walau bagaimanapun, PKD Rembau FC cuba bangkit memberikan tentangan dan berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Kamil Fazil pada minit ke-9.
Namun, kebangkitan yang diharapkan pelawat tidak kesampaian apabila PKMT FC terus menambah duka mereka. Fikri Johari menjaringkan gol keempat pada minit ke-27, sebelum Ketua Pasukan, Adib Zakariah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35 untuk menutup babak pertama dengan kelebihan selesa 5-1.
Memasuki babak kedua, PKMT FC langsung tidak memperlahankan rentak serangan. Haiqal Lupiamir melengkapkan malam gemilangnya dengan gol hatrick pada minit ke-55.
FIkri Johari sekali lagi menemui jaring untuk gol peribadi keduanya pada minit ke-69, sebelum pemain gantian, Amirul Ikhwan melengkapkan kenduri gol PKMT FC dengan gol kelapan pada minit ke-75.
PKMT FC mempamerkan corak permainan menyerang yang sangat klinikal dan berdisiplin tinggi.
Next Match :
PKMT FC vs PANTAI HOSPITAL
25.5.2026, Isnin
9.30 malam
Drago Arena
Pemain Terbaik Perlawanan:
Haiqal Lupiamir (PKMT FC)
Pemain : Fazlie, Jol, Ikhwan, Fikri, Nazrin Shah , Haziq Shah Putra, Adib, Farid, Wajdi, Haiqal, Sadoh, Fadzli Shah, Zul Yazid, Amirul Ikhwan, All Firdaus, Emy ,Asyraf Der, Assif, Hazmi, Aiman Yusri, Plank.