14/10/2020
LEE CHONG WEI
-Datuk Lee Chong Wei seorang pemain badminton profesional Malaysia.
-Lee Chong Wei merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [2] dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.
-Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.
-Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.
-Pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
Kehidupan Awal
- Lee Chong Wei dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak dan merupakan anak kepada pasangan Lee Ah Chai dan Khor Kim Choi.
- Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee Chong Wei gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggang bola keranjang, sejak itu, beliau mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke gelanggang badminton.
- Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee Chong Wei agar Lee Chong Wei menjadi anak didiknya.
- Setelah bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.
Berikut adalah senarai anugerah yang dimenangi oleh Lee. Lee juga memenangi anugerah atlet :
Awards Year
Penang Sportsman Award 2005, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2016
TYT Prime Award Trophy 2008, 2010, 2012, 2013, 2015, 2016
BWF Player of the Year Award 2009, 2010, 2011, 2013, 2016
National Sportsman Award 2005, 2008, 2011, 2012
Olympian of the Year Award 2008, 2012, 2016
Sportswriters Association of Malaysia (SAM) Award 2008
Most Popular Icon on Television Award by RTM 2013