Kelas Renang Bertam/Kepala Batas

Kelas Renang Bertam/Kepala Batas Kelas Renang untuk kanak-kanak dan dewasa. Coach yang terlatih dan berpengalaman.

Alhamdulillah syukur ❤️ Proud with u  . Persediaan awal bersama  sebelum menjalani latihan bersama Pasukan  TLDM   . Sel...
19/05/2023

Alhamdulillah syukur ❤️ Proud with u . Persediaan awal bersama sebelum menjalani latihan bersama Pasukan TLDM . Selamat Berkhidmat Untuk Negara 🇲🇾 Malaysia Tercinta 💕

Kids swim lesson 💕 Kelas Renang untuk kanak-kanak💕Jom belajar dengan penuh keseronokan bersama kami. Satu terapi yang ba...
07/05/2023

Kids swim lesson 💕
Kelas Renang untuk kanak-kanak💕
Jom belajar dengan penuh keseronokan bersama kami. Satu terapi yang baik untuk emosi anak anda. Insyaallah ❤️

Untuk maklumat lanjut hubungi Coach Eyda










Alhamdulillah.. our little mermaid Ainul Mardhiah bt Mohd Firdaus, 6 tahun telah berjaya menguasai teknik renang dengan ...
23/12/2021

Alhamdulillah.. our little mermaid Ainul Mardhiah bt Mohd Firdaus, 6 tahun telah berjaya menguasai teknik renang dengan betul dalam masa 10 sesi kelas. Berjaya membina keyakinan diri apabila berada dalam air. Satu pencapaian yang membanggakan 🥰. Tahniah buat ibu bapa adik Ainul kerana mendedahkan kemahiran berenang sejak kecil.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut : www.wasap.my/60195077753/kelasrenang

Nak hadir temuduga ATM,ALAM dan sebagainya dalam  bidang akuatik, tapi tak tahu berenang? Bahaya tu..Jom belajar bersama...
20/09/2021

Nak hadir temuduga ATM,ALAM dan sebagainya dalam bidang akuatik, tapi tak tahu berenang? Bahaya tu..
Jom belajar bersama kami, jurulatih profesional sedia membantu anda.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut. www.wasap.my/60195077753/kelasrenang

Alhamdulillah.. Puan Marina & anak, Cik Nabiilah berjaya menghabiskan sesi kelas renang dengan jayanya. Dah boleh berena...
21/03/2021

Alhamdulillah.. Puan Marina & anak, Cik Nabiilah berjaya menghabiskan sesi kelas renang dengan jayanya. Dah boleh berenang dengan teknik yang betul..
Berminat untuk jadi seperti mereka? Jom sertai kami bersama ladies coach.. coach yang terlatih dan berpengalaman.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut www.wasap.my/60195077753/kelasrenang


Berenang adalah senaman terbaik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Banyak kelebihan sukan renang yang terbukti berk...
24/10/2020

Berenang adalah senaman terbaik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Banyak kelebihan sukan renang yang terbukti berkesan untuk kesihatan. Jom sertai kami mempelajari teknik berenang dengan betul bersama coach yang terlatih dan berpengalaman.

Kelas renang untuk dewasa dan kanak-kanak
Untuk maklumat lanjut hubungi
www.wasap.my/60195077753/kelasrenang




24/10/2020

Kelebihan Sukan Renang Untuk Anda

1. Membina kekuatan kardiovaskular

Latihan kardiovaskular, atau sering disebut sebagai kardio melibatkan jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah. Rutin senaman secara menyeluruh, seperti latihan berenang akan merangkumi jenis latihan ini. Penyelidikan menunjukkan bahawa perenang mempunyai separuh kadar kematian daripada orang yang tidak aktif. Kajian dari tahun 2016 p**a menunjukkan bahawa berenang dapat membantu menurunkan tekanan darah dan mengawal kadar gula dalam darah. Bukankah ini antara kebaikan sukan berenang yang sangat baik untuk individu?

2. Baik untuk paru-paru

Apabila wajah anda berada di bawah air, oksigen adalah pada tahap premium. Sebaliknya, badan anda akan menyesuaikan diri untuk menggunakan oksigen dengan lebih cekap. Selain itu, ia juga belajar untuk menghirup udara segar dengan setiap nafas, dan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dengan setiap nafas. Perenang mempunyai isipadu pasang surut lebih baik (jumlah udara yang bergerak masuk dan keluar dari paru-paru semasa bernafas santai) berbanding pelari. Ini menghasilkan kadar denyutan jantung lebih rendah, tekanan darah rendah, dan , prestasi berjalan lebih baik.

3. Mengurangkan tekanan

Bersenam adalah kaedah terbaik untuk menghilangkan tekanan dan kegelisahan. Ini juga dapat mengalihkan minda daripada pemikiran yang merisaukan. Selain hormon gembira, anda juga dapat merasakan tindak balas relaks yang serupa dengan yoga. Berenang juga meregangkan badan anda secara berterusan. Gabungkan ini dengan pernafasan berirama yang dalam, dan anda dapat mengalami rasa santai yang sangat unik daripada sukan ini. Kebaikan sukan berenang ini pasti sukar ditolak terutama bagi mereka yang selalu stres disebabkan kerja atau hal peribadi.

4. Beri kesan positif pada penyakit asma

Penghidap asma, terutamanya mereka yang menghidap asma disebabkan sukan, boleh mengalami masalah kerana kehilangan haba dan kelembapan pada tiub bronkus dan menyebabkan tiub menguncup. Tidak seperti bersenam di dalam gim dengan udara yang kering atau mengambil kira debunga bermusim, berenang membolehkan anda menghirup udara lembap semasa anda berlatih. Persekitaran kolam renang yang lembap menjadikan aktiviti berenang sebagai aktiviti hebat bagi penghidap asma. Bukan hanya itu sahaja, tetapi latihan pernafasan yang berkaitan dengan sukan seperti menahan nafas, boleh membantu meningkatkan kapasiti paru-paru dan mengawal pernafasan anda.

5. Melibatkan senaman seluruh badan

Berenang melibatkan hampir semua kump**an otot utama, yang mana ia memerlukan individu menggunakan lengan, kaki dan perut mereka. Berenang juga:

meningkatkan degupan jantung anda tanpa menekan badan

membentuk otot

membina kekuatan

membina daya tahan

Pelbagai gaya renang boleh dilakukan dengan tumpuan pada kump**an otot yang berbeza dan air juga dapat memberikan ketahanan lembut pada badan. Tanpa mengira gaya berenang apa yang anda pilih, anda akan menggunakan sebahagian besar kump**an otot untuk menggerakkan badan melalui air.

6. Membakar kalori

Semua orang tahu bahawa berenang adalah kaedah terbaik untuk membakar kalori, tetapi kebanyakan individu tidak menyedari bahawa ia boleh memberi kesan yang sama seperti berlari di ‘treadmill’. Apabila anda membandingkan berenang dengan berlari, anda dapat membakar lebih banyak kalori dengan berenang berbanding berlari selama satu jam. Bergantung pada gaya berenang yang anda pilih dan intensiti anda, berenang dapat membakar kalori yang sama atau lebih besar daripada berlari. Satu jam berenang dengan pergerakan yang kuat dapat membakar sebanyak 715 kalori. Dengan jangka masa yang sama tetapi bagi larian 5 mph hanya membakar sebanyak 606 kalori.

7. Baik untuk orang yang mengalami kecederaan

Berenang dapat membantu mengurangkan kesakitan atau mempercepat tempoh pemulihan anda daripada kecederaan. Ini mungkin merupakan pilihan senaman yang selamat bagi orang yang mempunyai:

artritis

kecederaan

kecacatan

masalah lain yang menyukarkan anda melakukan latihan berimpak tinggi

Memandangkan air menyokong otot dengan lembut, berenang lebih disukai oleh kebanyakan individu yang tidak dapat mengambil bahagian dalam latihan dengan daya tahan tinggi dan bertenaga tinggi. Oleh itu, berenang nampaknya mempunyai banyak manfaat yang sama seperti latihan darat lain.

8. Meningkatkan fleksibiliti

Walaupun berenang tidak akan meregangkan badan anda sehebat latihan yoga atau pilates, gerakan berenang dalam meregangkan otot dapat menjadikan sendi anda lebih lentur dan membantu pemulihan. Berenang memerlukan anda menjangkau, meregang, memutar dan menarik untuk melalui pergerakan air. Pergelangan kaki anda menjadi seperti sirip dan diregangkan dengan setiap pergerakan semasa anda menolak terhadap tekanan air. Ini tidak bermaksud bahawa anda tidak boleh melakukan regangan sendiri, tetapi regangan berulang yang terdapat dalam pelbagai pergerakan anda juga membantu dengan aspek fleksibiliti.

Alhamdulillah, berkat sokongan padu yang berterusan daripada semua..Kelas Renang Bertam/Kepala Batas terus unggul menjad...
29/02/2020

Alhamdulillah, berkat sokongan padu yang berterusan daripada semua..Kelas Renang Bertam/Kepala Batas terus unggul menjadi pilihan utama buat mereka yang ingin mempelajari teknik renangan yang betul & efektif.😍

Hasil garapan pengalaman & ilmu renangan selama hampir 20 tahun, Kelas Renang Bertam/ Kepala Batas (KRB) insyaAllah akan terus bersedia berkongsi ilmu & memberi tunjuk ajar kepada semua golongan yakni dewasa, kanak2, veteran dan tak lupa juga kpd golongan istimewa.
🤗Juga tidak ketinggalan pd mereka yg masih tercari2 teknik latihan atau kaedah yg betul untuk belajar ataupun mengajar..dijemput menyertai sesi khas latihan.😎

Program disusun mengikut modul khas..jom swim..ingt renang, ingat Kelas Renang Bertam(KRB)♥️

Untuk maklumat lanjut hubungi:
www.wasap.my/60195077753/kelasrenang

Alhamdulillah...Program 'Water Therapy' yang dikendalikan oleh coach yang terlatih dan berpengalaman bersama anak2 istim...
29/02/2020

Alhamdulillah...Program 'Water Therapy' yang dikendalikan oleh coach yang terlatih dan berpengalaman bersama anak2 istimewa dari SK Lahar Kepar berjalan dengan lancar♥️.
Terima kasih buat PK, Cikgu Rosliani dan guru2 yang terlibat dalam menjayakan program ini. Insyaallah jalinan kerjasama ini akan terus terjalin pada masa akan datang. ♥️

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi : www.wasap.my/60195077753/kelasrenang

Address

Penang Golf Resort, Bertam (PGR)
Bertam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Renang Bertam/Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share