PENDAHULUAN
Seni Gayung Fatani mengamalkan serta mengekalkan Silat Tradisi Gelanggang Bangsal..Sebelum diberi nama Gayung Fatani dikenali dengan gelaran Silat Rumah Khawin,Silat Pulut,Bergayung..Nama Fatani,ini diambil sempena asal usul Pengasas nya yang berasal dari Pattani serta perkataan bahasa arab Fatonah..Gayung Fatani merupakan kombinasi antara seni silat yang turut diiringi muzik tradisio
nal. Gabungan kesenian dengan teknik beladiri menjadikan Seni Gayung Fatani sebagai satu bentuk Persilatan Melayu lama yang menggabungkan teknik tempur jarak dekat dan bersenjata yang tersembunyi di dalam permainan. ASAL-USUL
Ia diasaskan pada tahun 1816 oleh Tuan Syeikh Abd. Rahman Tahir, seorang guru agama yang lebih dikenali dengan panggilan Sheikh Abdul Rahman Rambut Panjang yang berasal dari Pattani, Selatan Thailand yang berhijrah ke Negeri Kedah.. Sheikh Abdul Rahman menurunkan ilmu ini kepada anaknya yang juga seorang guru agama bernama Haji Ramli bin Abdul Rahman yang dikenali sebagai Tok Yah Ramli. Syeikh Abdul Rahman juga turut mengajar kepada
Tuan Haji Pak Teh Mohd Ali - Tok Petah – Haji Ismail – Gayah
Pak Teh Ali kemudian menurunkan ilmu ini seterusnya kepada Pak Andak Embong. Manakala salah seorang anak murid Haji Ramli bernama Haji Abdullah Darus telah membuka dan mengembangkan ilmu persilatan ini ke Batu Kurau, Perak dalam tahun 1948 manakala seorang lagi bernama Haji Mat Isa yang juga dikenali dengan gelaran Tok Awang Pendekar telah membuka gelanggang di Titi Kasai, Perak. Diantara anak murid Haji Mat Isa yang telah berjasa mengembangkan Silat Gayung Fatani adalah Mohamad bin Mahat atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Long Mat Aji.. Beliau telah berguru dengan Haji Mat Isa pada tahun 1940an dan kemudiannya menambah dan mendalami ilmu persilatan serta ilmu keagamaan dengan Haji Ramli bin Abdul Rahman
( Tok Yah Ramli ) selama lebih tiga tahun serta mewarisi Perguruan.. Pak Andak Embong pula kemudian menurunkan ilmu ini kepada Tuan Haji Anuar Abd Wahab
pada tahun 1965.Tuan Haji Anuar merupakan selaku Pengasas dan Guru Utama bagi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.( Kebangsaan )
Pada 14hb September 1976, silat ini didaftarkan sebagai Pertubuhan rasmi dibawah akta Pertubuhan hasil usaha Tuan Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab AMN untuk menjadikan sebuah pertubuhan yang sah disisi undang-undang. Pertubuhan Seni Gayung Fatani merupakan antara empat yang terbesar di Malaysia.Ianya adalah diantara pendokong utama didalam mendiri PESAKA kebangsaan dan Negeri-negeri.>
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia(PSGFM)
Pertubuhan Silat Gayong Malaysia(PSGM)
Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia(PSSLM)
Pertubuhan Seni Silat Cekak Malaysia(PSSCM). Pada tahun 2008 Legasi Tradisi kini dipeturunkan oleh Allahyarham Pak Long Mat Aji,Guru Tua kepada Che Bahrom Bin Haji Abdul Hamid (Pok Su) Guru,Penyelaras Majlis Guru-Guru/Jurulatih
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Negeri Perak Darul Ridzuan.. PSGFM (KEBANGSAAN)
Gayung Fatani pada asalnya mula berkembang di Batu Kurau,Negeri Perak sehinggalah Pertubuhan ini terus berkembang di seluruh dunia.Perkhidmatan pendidikan silat PSGFM telah melalui evolusi bermula dengan kurikulum Silat Tradisi Gelanggang Bangsal pada tahun 1984 iaitu kurikulum PSGFM dan pada 2002 diperkenalkan pula kurikulum Seni Silat Malaysia (Pesaka Malaysia) Peringkat Kebangsaan yang diasaskan dan disusun oleh Tuan Hj Anuar Abd Wahab AMN. Ia mempunyai gelanggang silat di seluruh 14 buah negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Di peringkat Antarabangsa, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah mengembangkan sayapnya di Negara-negara luar seperti Austria, Perancis, Switzerland, Norway, German, Romania dan Greece. PSGFM DI NEGERI PAHANG
Pada sekitar tahun 1940 yang pada ketika itu Guru Tua Utama Seni Gayung Fatani (Tok Yah Haji Ramli) telah merantau/pulang? ke Pahang seterusnya membuka Gelanggang Tradisi yang Pertama bertempat di Daerah Raub.. Kemudian,pada tahun 1982,Abg Mat Bin Haji Lazim anak kelahiran Batu Kurau yang pada ketika itu telah berhijrah ke Bentong,telah sepakat dengan belia Kg Benus untuk membuka Gelanggang di Pahang.Dengan persetujuan Guru Tua Pak Long Mat Aji,ayah kepada Abg Mat sendiri ( Haji Lazim) yang merupakan seorang Guru serta Pok Su Yob (Guru) sendiri telah datang ke Benus mengajar turut dibantu Pok Su Daud.. Secara rasmi Kg Benus,Bentong Pahang Darul Makmur,merupakan Pusat PSGFM Negeri Pahang (bangsal tradisi)
Membuka (3) Gelanggang di Kg Benus..(1) Gelanggang di Kg Baru Bentong..Serta (1) Gelanggang Terbuka di Sekolah Menengah Benus Bentong..Pada tahun 1984 (1) dan tahun 1992 (1) Gelanggang bertempat di Kg Janda Baik.. PERASMIAN MAJLIS PEMBUKAAN GELANGGANG TRADISI
Majlis Guru-Guru/Penyelaras Majlis Jurulatih Pertubuhan Seni Gayung Fatani (M) Negeri Perak turut merupakan sebuah Badan Jawatan kuasa yang telah menetapkan peraturan-peraturan agar Adat dan kaedah serta kelancaran pada setiap Majlis Pembukaan Gelanggang Tradisi Seni Gayung Fatani berlangsung dengan cara yang betul.Guru-guru Tua Seni Gayung Fatani amat menitik beratkan adat serta Upacara Pembukaan Gelanggang serta Pantang larang dituruti para Pesilat-pesilat baru. Selepas 21 tahun,pada tarikh 23/2/2013 bertempat di Kg Janda Baik telah berlangsung Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Tradisi Seni Gayung Fatani aliran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Cawangan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi Gelanggang Tradisi,yang telah diusahakan dan dijayakan oleh Ahli Lama Gelanggang Kg Benus,Ahli Lama Gelanggang Kg Janda Baik,dibawah Naungan dan Sokongan Ketua Kampung Pengerusi Jkkk dan Pengerusi Krt Kg Janda Baik..