20/07/2026
Ditengah-tengah kekecohan selepas tiupan wisel penamat tadi ada satu imej yang memberikan impak yang besar kepada dunia.
Ya! Lamine Yamal menadahkan tangan tanda syukur di atas kejayaan dia menjuarai Piala Dunia.
Sebelum itu juga di peringkat separuh akhir pengadil Amerika Ismail Elfath melakukan sujud selepas selesai mengendalikan perlawanan juga mendapat perhatian ramai.
Termasuk juga aksi dari Morocco dan Mesir yang melakukan sujud bahkan lantang dalam mengangkat suara menyokong Palestin dalam sidang media rasmi.
Lagi yang menjadi viral ketika Cristiano Ronaldo dirakamkan seolah menyebut kalimah Bismillah sebelum mengambil tendangan penalti.
Walaupun bola sepak hanyalah s**an tetapi ‘hal kecil’ ini sebenarnya memberi impak besar dan berbeza kepada masyarakat dunia.
Secara fitrahnya, manusia menyukai perkara yang baik, semangat kes**anan, sikap menghormati dan ianya selari dengan nilai dan akhlak yang ditunjukkan dalam Islam.
Kita memang tak s**a melihat berlakunya pergaduhan, penipuan dan ketidakadilan dalam dan luar padang.
Itu mungkin sebab utama kenapa ramai yang tidak menyukai pas**an naib juara kali ini. Terlalu banyak negativiti yang tidak sepatutnya.
Itu belum kita bandingkan antara tuan rumah utama USA dengan Qatar sebelum ini. Jauh langit dan bumi. Bayangkan apa yang jadi kepada pas**an Iran, pengadil muslim Somalia, penyokong2 yang disekat masuk.
Tekanan ekonomi melampau dengan menaikkan harga tiket berganda-ganda. Hampir semua kemudahan juga perlu dibayar dengan nilai yang tinggi. Bagi mereka itulah cara mereka menguasai dunia.
Jika anda jurulatih dan ibu bapa, teruskan melatih pemain-pemain muda dengan baik. Didik mereka dengan sikap yang betul dan akhlak yang baik.
Jika anda pemain muslim, kebanggaan bukanlah kepada skill anda bermain semata-mara tetapi pada attitude ketika anda menang dan kalah.
Sebab bila dapat pergi jauh satu hari nanti, ada nilai yang dibawa dan boleh menjadi aset dakwah yang akan memberikan contoh dan idola kepada anak muda lain.