Water Skills Academy

Water Skills Academy KELAS RENANG KEDAH | KELAS RENANG DEWASA DAN KANAK KANAK

04/06/2026

πŸŠβ€β™‚οΈ PROGRAM RENANG BERSAMA TADIKA πŸŠβ€β™€οΈ

Seronok belajar sambil bermain di dalam air! 🌊✨

Program renang khas untuk kanak-kanak tadika bagi membantu mereka:
βœ… Meningkatkan keyakinan diri di dalam air
βœ… Mempelajari kemahiran asas renang
βœ… Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif

πŸ“’ TERBUKA KEPADA SEMUA TADIKA YANG BERMINAT!
Kami menyediakan program renang yang menyeronokkan, selamat dan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman..

Untuk maklumat lanjut atau tempahan program, sila hubungi kami sekarang

21/05/2026

Klas Renang Siri 1/2026 daerah Yan telah melabuhkan tirai pada hari ini..Terima kasih kepada waris2,pelajar yang terlibat dan juga kepada coach2 yang telah mengerah sepenuh tenaga dalam masa 3 minggu berturut2..Kerjasama WSA dalam Program ini di bawah naungan Kementerian Belia Dan Sukan(KBS) sangat kami hargai..

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang sangat membanggakan berjaya diraih. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Arthywa...
19/05/2026

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian yang sangat membanggakan berjaya diraih. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Arthywaraa A/L Phongsakoon atas kejayaan anugerah Best Performance Swimmer dalam Madwave Challenge Kedah Invitational Swimming Championship 2026.

Kejayaan ini bukan hadir dengan mudah, tetapi lahir daripada usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi, semangat juang yang kuat serta keberanian untuk terus mencabar diri dalam setiap pertandingan. Setiap latihan yang dijalani, setiap rasa penat dan lelah akhirnya terbayar dengan hasil yang cukup manis dan membanggakan ini.

Kami sebagai coach sangat bangga melihat perkembangan dan pencapaian yang ditunjukkan. Dari hari pertama berlatih sehingga ke hari ini, banyak perubahan dan peningkatan yang dapat dilihat hasil daripada kesungguhan dan komitmen yang diberikan. Bakat sahaja tidak mencukupi tanpa usaha, dan hari ini semuanya terbukti melalui kejayaan yang diperoleh.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, lebih yakin dan terus memburu kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Jangan cepat puas dengan apa yang telah dicapai kerana perjalanan masih panjang dan lebih banyak peluang menanti di hadapan.

Teruskan berenang dengan penuh semangat, teruskan membawa nama pasukan dengan bangga dan terus jadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. Future champion in the making! πŸŠβ€β™‚οΈπŸ”₯πŸ’šπŸ₯ˆβ€

Alhamdulillah, tamat sudah KLAS RENANG Daerah Kubang Pasu Siri 1/2026 πŸŠβ€β™‚οΈβœ¨Sebagai coach, kami rasa sangat bangga dapat ...
16/05/2026

Alhamdulillah, tamat sudah KLAS RENANG Daerah Kubang Pasu Siri 1/2026 πŸŠβ€β™‚οΈβœ¨

Sebagai coach, kami rasa sangat bangga dapat lihat perkembangan semua peserta sepanjang kelas ini berlangsung. Dari yang mula-mula takut air, tak yakin nak berenang, sampai dah berani cuba sendiri dalam air… itu satu kepuasan yang susah nak digambarkan πŸ’™πŸŒŠ

Setiap gelak tawa, penat lelah, panas hujan dan cabaran sepanjang kelas ni memang jadi kenangan paling bermakna buat kami semua. Walaupun penat, semuanya terasa berbaloi bila tengok semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh setiap peserta ☺️πŸ’ͺ

Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya habiskan kelas dengan penuh semangat dan keberanian. Korang semua memang hebat! πŸ‘πŸ»

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dan kepercayaan kepada kami sepanjang program berlangsung 🀍

Semoga kita jumpa lagi di KLAS RENANG Daerah Kubang Pasu siri yang seterusnya. Teruskan berenang, teruskan belajar dan jangan pernah takut untuk mencuba🫢🏻

15/05/2026

little swimmers in progress

KLAS RENANG PERINGKAT NEGERI KEDAH DAERAH YAN FASA 1
08/05/2026

KLAS RENANG PERINGKAT NEGERI KEDAH DAERAH YAN FASA 1

Pembukaan KLAS RENANG FASA 1 daerah Kubang Pasu di C Hotel..sedikit taklimat diberikan oleh Pegawai KBS dan juga sedikit...
05/05/2026

Pembukaan KLAS RENANG FASA 1 daerah Kubang Pasu di C Hotel..sedikit taklimat diberikan oleh Pegawai KBS dan juga sedikit pencerahan oleh Coach tentang keselamatan dalam air

28/04/2026

19/04/2026

17/04/2026

Address

Bedong
Bedong

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Telephone

+601133076314

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Water Skills Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Water Skills Academy:

Share