01/08/2026
25 & 26 JULAI 2026
SK TANJUNG MINYAK 2
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT telah berakhir satu lagi siri penyertaan Pasukan Ragbi Rejo Panthers di Kejohanan Ragbi TM2 Most Wanted Peringkat Kebangsaan 2026.
Pencapaian Pasukan 🏆 :
✅ U12 - SeLadang Ta**us :
👤 Waqi , Firas , Amar , A***n
🥈Naib Johan Saucer
✅ U10 - BAPARA Bolt
👤 Zaim , Arif , Faqeh , Naufal
🥇Johan Plate
✅ U9 - Rejo Panthers
👤 Ilyas , Asyraf , Rafiq , Zikry , Aidil , Adam , Khalif , Aisy , Naufal , Zaheen , Faid , Faiq , Ammar , Raffiq
🥈 Naib Johan Bowl (Toss Coin)
Seramai 22 pemain telah menyertai kejohanan ini menerusi tiga pasukan berbeza. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kesemua pemain yang telah memberi komitmen 200% kepada pasukan yang kalian wakili.
Menang ataupun kalah , perkara paling penting adalah setiap pemain telah meningkatkan jumlah minit bermain dan pengalaman bermain pada kejohanan ini kecuali pasukan U9 yang tidak dapat meneruskan pertarungan kerana cuaca tidak mengizinkan kita.
Semoga prestasi kesemua pemain ini, akan berkembang menjadi aset yang ampuh kepada sekolah untuk terus mencabar kejuaraan di peringkat MSSD , MSSJ mahupun MSSM pada tahun mendatang 🤲🏻
Terima kasih ibu ayah dan juga para penyumbang pasukan ini yang telah sudi berkongsi pelbagai bentuk sumbangan antaranya sumber kewangan , sumber makanan , sumber tenaga mahupun sokongan moral luar biasa kepada anak pemain.
Percayalah , sekecil apa pun sokongan yang ibu ayah diberikan untuk anak anak , pasti dan pasti meningkatkan keyakinan mereka di atas padang ❤️
Didoakan buat kesemua penyumbang pasukan , tak kira dalam apa jua bentuk , apa jua nilai , semoga Allah kurniakan kesihatan berterusan , umur panjang yang berkah , urusan kehidupan yang lancar dan masuk ke syurga tanpa hisab . Aamiiin 🤲🏻