20/06/2026
♟️ KEJOHANAN CATUR JUNIOR BATU PAHAT TAHUN 2026 ♟️
Alhamdulillah dan syukur, Kejohanan Catur Junior
Batu Pahat Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya hari ini di BP Mall dengan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para pemain catur muda dari Batu Pahat dan pelbagai daerah lain.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Haji Onn Bin Abu Bakar atas kesudian merasmikan kejohanan ini serta memberikan sokongan dan galakan kepada generasi muda dalam bidang catur.
Ribuan terima kasih juga kepada YB Gan Peck Cheng yang telah sudi menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kehadiran beliau telah menambahkan lagi kemeriahan dan makna kepada kejohanan ini.
Penghargaan khas turut ditujukan kepada En. Lim Swee Kuan atas kehadiran dan sokongan beliau sepanjang program berlangsung.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, guru pengiring, pengadil, petugas, penaja dan pihak-pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini. Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat dihargai.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada setiap peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin serta keberanian untuk bersaing secara sihat. Semoga kejohanan ini menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan catur dalam kalangan generasi muda di Batu Pahat.
Jumpa lagi pada kejohanan yang akan datang!