15/06/2026
SEDIKIT PERSPEKTIF TENTANG PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SARAWAK
Kadang-kadang mudah untuk memberi amaran, mengkritik atau mempertikaikan sesuatu usaha yang baru bermula.
Tetapi hakikatnya, membina ekosistem bola sepak bukan perkara yang boleh siap dalam semalam.
Bukan juga sekadar membawa masuk pemain import atau menaturalisasikan pemain sesuka hati.
Setiap negeri mempunyai cabaran, keutamaan dan pelan pembangunan yang berbeza.
Apa yang penting, semuanya perlu selari dengan prinsip pembangunan pemain tempatan dan kepentingan jangka panjang bola sepak.
Di Sarawak, kita baru sahaja memulakan semula usaha membangunkan struktur bola sepak yang lebih tersusun.
Liga Premier Sarawak baru memasuki fasa awal.
Liga bawah umur juga sedang dibangunkan bersama pelbagai pihak termasuk penaja dan pemegang taruh.
Matlamatnya jelas.
⚽ Mencungkil bakat baharu
⚽ Menghidupkan semula bola sepak di peringkat bahagian
⚽ Menyediakan laluan pembangunan yang jelas daripada akar umbi sehingga ke peringkat profesional
Ramai mungkin tidak tahu bahawa syarat penyertaan Liga Premier Sarawak pada peringkat awal sengaja diringankan.
Bukan kerana tiada standard.
Tetapi kerana objektif fasa pertama adalah untuk menarik penyertaan dan mengaktifkan semula ekosistem bola sepak di seluruh Sarawak.
Selepas asas itu kukuh, barulah syarat-syarat tambahan boleh diperkenalkan secara berperingkat.
Contohnya:
✅ Kuota pemain bawah 21 tahun atas padang
✅ Jurulatih berlesen
✅ Fitness Coach
✅ Standard pengurusan yang lebih tinggi
Dan banyak lagi perkara yang sedang dirancang.
Pembangunan bola sepak bukan perlumbaan 100 meter.
Ia adalah maraton.
Kalau baru setahun berjalan, kemudian terus dihukum seolah-olah gagal, bagaimana kita mahu maju?
Kadang-kadang sebelum membuat kesimpulan, lebih baik bertanya dahulu.
Fahami dahulu objektif sesuatu program.
Lihat dahulu keseluruhan pelan yang sedang dibina.
Kerana apa yang sedang dibangunkan di Sarawak hari ini bukan sekadar sebuah liga.
Ia adalah satu laluan pembangunan untuk memastikan lebih ramai anak Sarawak mempunyai peluang bermain bola sepak secara profesional pada masa hadapan.
Dan itu sepatutnya menjadi matlamat yang kita semua sokong bersama.
💙💛❤️
Beri ruang untuk proses berkembang. Nilai hasilnya apabila asasnya sudah kukuh.