19/06/2023
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.
Kejohanan Tertutup Badminton IPBC 2023 pada 17.06.2023 telah berlangsung dengan jayanya.
Tahniah diucapkan kepada Pihak Pengurusan IPBC terutama sekali En. Agus (Wak Dian) dan En. Hasifi (Balun) yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kejohanan kali ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Mereka juga merupakan penyumbang sebahagian besar dana untuk memastikan kejohanan kali ni meriah dengan hadiah2 yang sangat2 menarik!! Terima kasih, kami sangat2 menghargainya.
Kejohanan dimulakan dengan briefing dari En. Shaiful (Sifu) berkenanan dengan format dan peraturan kejohanan. Setelah itu diteruskan oleh En. Azizi mengetuai acara memanaskan badan. Kejohanan dimulakan lebih kurang 9:45 mlm.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang2 yang telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan telah merangkul kejuaraan pada kejohanan kali ini!!!
Juara : Rahmat / Shaiful
Naib Juara : Fandi / Hazlami
Ketiga : Muadz / Adi
Keempat : Azizi / Husaini
Kelima : Izwan / Shafik
Best Player : Azizi
Penghargaan Istimewa untuk Urusetia Kejohanan :
Agus (Wak Dian), Syafiq Rani (Poi) & Ku Adam
Dengan ini berakhirlah Kejohanan Badminton Tertutup IPBC 2023. Salam Sukan Menyatukan Komuniti dari kami Pihak Pengurusan IPBC!! Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini. Next tournament please!!
Nota : Baru2 ini IPBC telah memperoleh sejumlah dana daripada YB Tuan Mohd Shaid Rosli (ADUN Jeram, Selangor) untuk tujuan melancarkan pergerakan, memperbanyakkan aktiviti serta membantu Kelab Badminton Irama Perdana. Penyerahan telah dibuat menerusi En. Ku Adam sebagai wakil. Terima kasih YB di atas keperihatinan dan jasa baik YB, semoga kerjasama ini akan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita dan memberi manfaat kepada kedua belah pihak di masa kini juga pada masa hadapan....aaminn.