Malik Yacob

Malik Yacob Ciklik membantu anda mendapatkan ilmu dan plan terbaik menyimpan,melabur dan melindungi income serta harta anda dengan cara yang betul.

(Investment - Education Fund - Retirement Fund - Haji Fund) Ciklik (Pages Owner) membantu anda mendapatkan ilmu dan kepentingan menyimpan,melabur dan melindungi income dan harta anda dengan cara yang betul. Perkongsian ilmu, tips dan pengalaman sebenar kami. (Investment - Education Fund - Retirement Fund - Medical Card - Hibah - Income Protection)

ISU PARKING GUEST RUMAH SEWA JANGKA PENDEK. KENDERAAN GUEST HALANG LALUAN DAN PARKING DEPAN PAGAR RUMAH. Ciklik menjadi ...
22/09/2024

ISU PARKING GUEST RUMAH SEWA JANGKA PENDEK. KENDERAAN GUEST HALANG LALUAN DAN PARKING DEPAN PAGAR RUMAH.

Ciklik menjadi mangsa. Mohon cadangan apa tindakan seterusnya.

Aduan dah dibuat kepada pihak owner/pengurus unit homestay ini sejak pertama kali ia berlaku , tapi masih lagi berulang kejadian ini.

Ciklik jarang balik rumah ini, tetapi ada ketika kami akan pergi/balik kerumah pada awal pagi atau lewat malam. Sudah total 4 kali Ciklik kena bersemuka dengan guest dan minta alihkan kenderaan.

Owner/pengurus unit juga Ciklik akan contact dan Ciklik akui memang akan tinggi suara sebab dalam keadaan marah.

Malangnya.. masih berlaku.

Bagi yang ada pengalaman yang sama, mohon cadangan dan solusi terbaik.

Terima kasih

Ciklik

Dave Ramsey personaliti kewangan terkenal dari Amerika senaraikan '7 Baby Steps' untuk menuju Financial Freedom.Langkah ...
12/06/2024

Dave Ramsey personaliti kewangan terkenal dari Amerika senaraikan '7 Baby Steps' untuk menuju Financial Freedom.

Langkah 1: Untuk beginner mula simpan RM1,000 dulu untuk dana kecemasan.

Langkah 2: Selesaikan semua hutang menggunakan teknik snowball kecuali hutang rumah.

Langkah 3: Simpan 3 - 6 bulan perbelanjaan untuk tujuan kecemasan.

Langkah 4: Invest 15% dari income bulanan untuk persaraan.

Langkah 5: Simpan untuk dana pendidikan anakยฒ menyambung pelajaran ke kolej/universiti.

Langkah 6: Settlekan hutang rumah secepat mungkin.

Langkah 7: Bina kekayaan & banyak memberi sedekah.

Moga bermanfaat.
CnP dari MedSocial.

[BERSARA TENANG]Siapa kata kerja makan gaji tak boleh jadi jutawan bila bersara?Sepanjang servis ribuan client, kami dah...
07/03/2024

[BERSARA TENANG]

Siapa kata kerja makan gaji tak boleh jadi jutawan bila bersara?

Sepanjang servis ribuan client, kami dah jumpa ramai jutawan makan gaji. Ada juga yang dah capai level multimillionaire.

Ini salah seorang client kami bakal bersara wajib tak lama lagi.
Seronok bila tengok dia update balance akaun simpanan hari tua. Masih maintain RM1 juta+.

Itu pun lepas dia bawa keluar Akaun 2 untuk settle segala hutang yang ada. Bebas hutang, jiwa tenang.

Lagi seronok bila tengok dia dapat dividend lebih RM95k baru-baru ni.

Alhamdulillah, dia juga diversify pelaburan guna Akaun 1 dengan kami sejak 10 tahun lepas.

Tujuannya hanya 1, dia tak nak hanya bergantung pada 1 tabungan sahaja.

Donโ€™t put your egg in 1 basket, orang parit jawa kata.
Dia antara loyal client kami yang konsisten melabur. Follow ja strategi yang kami bagi setiap 3 bulan.

Sedar tak sedar, dia dah jadi Mutual Gold Elite. Nilai pelaburan dalam unit trust dah berkembang jadi lebih RM1 juta.

Bila nak bersara nanti, kami susun balik tabungan yang sedia ada.
InsyaAllah, kalau ikutkan plan yang betul, combine 2 tabung tu nanti dia akan bersara dengan RM10k sebulan.

Cukup dah tu katanya untuk isi minyak motor wat berulang gi masjid ๐Ÿ˜‚

Dan yang paling penting, bila dah bersara nanti, hanya makan dividend ja untuk belanja bulanan. Hat modal, dia tak kacau.

Kalau ditakdirkan pergi dulu, boleh hibah atau faraid kat anak isteri. Mereka sambung ja dapat income bulan-bulan.

Mudah dan senang ja nak bersara dengan tenang. Asalkan kita bermula awal dan tahu cara yang betul.

Selamat bersara tuan haji. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan selama ini.

P/s :

Berminat nak melabur ke dalam unit amanah guna Akaun 1?
click:
https://AskCiklik.wasap.my

Ciklik sedia bantu

Ciklik
Agency Supervisor 8020 Empire

07/03/2024

LATEST UPDATE: RM73.77 juta telah diterima untuk fund ESG patuh shariah terbaru. Tahniah pelabur! Promo tamat 11 Mac

MYAIRLINE REFUND - MELALUI DISPUTE TRANSACTION CARD CREDIT.Alhamdulillah. Ciklik dah berjaya dapat semula refund daripad...
20/11/2023

MYAIRLINE REFUND - MELALUI DISPUTE TRANSACTION CARD CREDIT.

Alhamdulillah. Ciklik dah berjaya dapat semula refund daripada MyAirline. Baru perasan selepas dapat sms pagi tadi, rupanya bank C*MB dah refund semula pada 10Nov lepas. Syukran..

Dua kali refund sebab Ciklik beli tiket 2 kali trasanction. Dalam RM888 juga. Ciklik beli tiket pada 31/1/2023 menggunakan kad kredit.

Semoga kawan-kawan lain yang berkenaan dapat juga refund asap.

Apa yang Ciklik buat?

โœ… hari pertama dapat Memo dari MyAirline di FB (12 Oct 2023) Ciklik terus buat aduan kepada MyAirline menggunakan emel dan cc kepada MavCom.

โœ… pada awalnya, Ciklik telah call CS C*MB mengatakan nak request untuk dispute. Tapi pegawai kata, x boleh dapat refund sebab dah lebih had masa.. Ciklik beli tiket pada Jan, request refund pd Oct.

โœ… Tapi Ciklik tak stop disitu, Ciklik isi form โ€œDispute Transactionโ€ download di internet untuk bank C*MB. Ciklik isi je info dan terus emel.

Thanks juga pada geng BBM yang ada up post berkenaan dispute case ni. Bagi tips dan lain-lain.

โœ… Pada 16 Oct, ciklik dapat emel daripada team C*MB, mengatakan aduan sedang dalam proses.

โœ… Pada 27 Oct, Ciklik terima lagi emel kedua, meminta dokumen tambahan (bukti saya pernah emel dan aduan pada MyAirlines/MVcom). Nasib baik saya ada. ๐Ÿฅน

โœ… 10 Nov - dapat refund di card credit statement.

โœ… 20 Nov - ciklik is happyโ€ฆ

Moga membantu. Kalau ada yang nak rujukan emel Ciklik boleh kongsikan nanti.

Ciklik ~ tak merasa naik MyAirline..

Keuntungan COMPOUNDED"Eh, kenapa compounded ROI 6%?""Macam mana p**ak itu lebih baik dari ROI 10%?"Dalam apa juga alat p...
20/11/2023

Keuntungan COMPOUNDED

"Eh, kenapa compounded ROI 6%?"

"Macam mana p**ak itu lebih baik dari ROI 10%?"

Dalam apa juga alat pelaburan, Return of Investment (ROI) itu sangat penting. Sebelum tu, jom kita sama-sama belajar, asas nak kira ROI.

Katakan modal kita ada RM10 ribu. Selepas setahun, duit tersebut berkembang jadi RM11 ribu. Maka simple ROI kita dalam masa setahun adalah :

(RM1,000/RM10,000) * 100% = 10%

Tahukah anda, jika anda untung 10% setiap tahun, tapi jika anda keluarkan keuntungan tersebut setiap hujung tahun, tak kisahlah nak buat belanja atau nak letak bawah bantal.

Selepas itu selama 20 tahun berikutnya p**a, anada berjaya repeat buat untung 10% setiap tahun guna modal yang sama setiap tahun, selama 20 tahun berturut-turut tanpa gagal langsung, keuntungan bersih hanyalah:

RM1,000 * 20 tahun = RM20,000.

Tapi kalau kita biarkan keuntungan yang diperolehi itu compounding, walaupun melabur dengan gaya rileks dan chill sahaja, hanya dengan ROI 6% setahun je pun, dengan style boring dan tak thrill langsung, nilai pelaburan akhir kita selepas 20 tahun akan menjadi RM 32,071.35.

Maka keuntungan bersih kita yang sebenar adalah :
RM32,071.35 - RM10,000 = RM22,071.35.

Terbukti sudah, compounded ROI 6% lebih menguntungkan dari ROI 10%.

Haaa Magic bukan ?

Sebab tu Albert Hall pernah berkata masa buat show kat Kota London :

"Compounded interest is the 8th wonder of the world".
Ciklik ~ Peminat tegar compound interest.

High Speed Train (HSR) pertama di Asia Tenggara telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia. Laluan adalah antara Jakart...
09/09/2023

High Speed Train (HSR) pertama di Asia Tenggara telah dilancarkan secara rasmi di Indonesia.

Laluan adalah antara Jakarta dan Bandung yang berjarak 142.3 kilometer dengan kelajuan maksima 350km per jam.

Masa perjalanan antara kedua-dua bandar akan dikurangkan sebanyak 80% daripada 3.5 jam waktu perjalanan kepada 40 minit waktu perjalanan.


BERBALOI ATAU TIDAK MAHA 2022 KALINI? Ini adalah tips dan pandangan personal aku sendiri. (Perkongsian dari Saudara Muha...
09/08/2022

BERBALOI ATAU TIDAK MAHA 2022 KALINI?

Ini adalah tips dan pandangan personal aku sendiri. (Perkongsian dari Saudara Muhammad Iszee)

*kalau nak skip baca, boleh terus baca caption di gambar peta/MAP maeps dibawah. Sy dah summarykan cadangan route*

Dua hari dekat Maeps Serdang, MAHA 2022 bukan bishe bishe boh. Penat, patah kaki, barai semua ada. Tapi worth it, seronok gilaaaaaaaa!

Masuk pun PERCUMA tapi cuma kena bayar parking masa masuk tu guna Touch 'n' Go. Tu pun RM5 je.

Akan ada beberapa golongan yang pergi ke MAHA ni ;

1. Ibubapa yg nak bawa anak dia jalan-jalan. Siap ada yg bawa anak dia dlm trolley camping.

2. Orang tua yg nak pergi tengok pokok-pokok, buah atau sayur ataupun ternakan. Yg ni aku sendiri tengok ada makcik tu usung Guinea Pig weh ๐Ÿ˜…

3. Remaja-remaji yg s**akan makanan. Memang heaven!

4. Ofcoz geng-geng korporat & bisnes yg nak cari peluang & 'tools' utk bisnes diorg.

5. Yang ni wujud, dak-dak single. Memang ada! Kesian makan sorang, pi jalan sorang, naik bas pun sorang.

MAHA 2022 ni agak memenatkan kalau kita tak ready & tak research terlebih dahulu. Aku dah lalui kepenatan tu so aku sediakan beberapa tips utk korang supaya tak ikut sama penat ๐Ÿ˜‚

โœ… Google map MAHA2022 dulu dan download, simpan dalam phone. Jangan cari dkt website, leceh & kekadang server down. So tengok je dekat Google tu. 2022 tau jangan salah! Boleh download dari map dlm post ni juga. Terus baca caption utk details ya.

โœ… Kenalpasti dulu korang golongan mana based on aku listkan dekat atas tu. Kat sini akan memudahkan kerja korang.

โœ… MAHA macam biasa yg korang pernah pergi, besar dia sebesar MAEPS tu, ada dua entrance. Laman Tiba 1 & Laman Tiba 2.

โœ… Buat korang yg 1,2 dan 3 tu kan. Aku suggest utk masuk daripada Laman Tiba 2. Waze je 'Laman Ternakan' nanti dia bawa masuk daripada belah Putrajaya.

โœ… Kalau korang golongan ke-4 masuk daripada Laman Tiba 1. Korang akan sampai ke main hall dia dulu, ada Dewan A, B, C dan D.

โœ… Kalau golongan ke-5 tu lantak kau, pandai-pandailah hidup. Sebab hidup single ni kadang takde arah tujuan. Gurau ๐Ÿ˜…

โœ… Kalau masuk daripada Laman Tiba 2, korang akan jumpa Laman Ternakan dulu. Kat sini memang banyak booth binatang-binatang ternakan. Boleh beli & murah. Makanan ke, sangkar ke atau apa-apa berkenaan ternakan semua ada.

โœ… Dekat Laman Tiba 2 pun masuk-masuk dah ada 'food festival'. Panjangggg. Jalan depan sket dah jumpa Ladang Ternakan. Situ pun ada G2G Valley, ada live band sendu, ada ternakan dan ada makanan/minuman.

โœ… Dah sampai G2G, jangan rambang mata tau. Control nafsu membeli tu sebab seberang G2G ada p**a FarmFresh punya exhibition dan foodcourt plak. Kat sini makanan/minuman/barangan dia agak berpatutan sedikit berbanding tempat lain.

Sedap-sedap gak!

โœ… Korang jangan terkejut tengok keldai kat situ, sebab keldai memang mcm tu. Jgn argue kenapa keldai mcm tu sebab dia memang mcm tu.

Jgn jadi macam Syaf Azhar & Ya ๐Ÿ˜…

โœ… Berdekatan dengan Laman Tiba 2 ada Laman Ternakan, Laman Padi dan Laman Perikanan. Ada juga Pony Ride dekat situ.

โœ… Laman Padi ada aktiviti-aktiviti menarik kalau korang s**akan aktiviti sawah. Pertandingan tangkap ikan, badang beras, menampi beras. Pertandingan mewarna kanak-kanak pun ada.

โœ… Kat mana-mana tempat pun diorang akan sediakan aktiviti. Dan paling best setiap aktiviti ada hadiah menarik. Tadi ada abg sorang tu dia menang dan dpt memiliki sebatang pokok durian atas nama dia. Kalau ada hasil, dia dapat pasive income.

Harga letak nama dkt pokok tu RM10k tau. Bukan kaleng-kaleng!

โœ… Kalau masuk daripada Laman Tiba 1, bersedia utk parking jauh. Kalau parking dekat tu pun selalunya penuh. Kalau bernasib baik, dapatlah. Kalau tak, parking je tempat parking besar tu pastu naik bas atau tramp yg disediakan.

โœ… Tramp atau Bas Rapid akan selalu available. Kalau penuh jangan berebut sebab tak sampai 5 minit, akan sampai yg baru.

โœ… Setiap tramp ada route dia, ada tempat persinggahan dia. Ada juga transit utk korang tukar tramp dan pergi ke tempat korang nak tuju. Tanya je abg kakak baju oren tu.

โœ… Jangan tanya rela atau orang-orang yg tak berkenaan dengan MAHA tau. Jadi mcm kitorg nanti, buang masa & sesat ๐Ÿ˜‚

โœ… Toilet dan surau bersepah-sepah diorang sediakan. Kalau tak jumpa, tanya je krew MAHA yang pakai baju oren tu.

โœ… Sampai je dekat Laman Tiba 1, lihat depan korang akan ada Foodtruck Festival. Sebelum pagar masuk tu ada juga tempat jual pokok-pokok sebelah luar.

โœ… Kalau nak pergi exhibition tempat teknologi, servis, bisnes dan sebagainya, korang boleh mendaki bukit tu lebih kurang 3 minit pastu sampai dkt Dewan A dulu. Kalau haus lepas mendaki, boleh beli air milo betul-betul depan tu ๐Ÿ˜‚

โœ… Psst.. kalau taknak penat mendaki, korang boleh ikut shortcut tau. Kalau daripada pagar masuk tu, korang tengok belah kiri. Ikut je jalan tu sampai ke Dewan D. Masuk ikut Food Empire.

โœ… Dekat Food Empire ni pun banyak makanan. Ada konsep foodtruck, ada juga konsep gerai. Ada satu foodtruck tu dia jual Nasi Tsunami. Tu sedap! Ambil level pedas kaw kaw, menangis tapi sedap.

โœ… Ada fresh oyster, ada nasi g***a, ada pancake krabi, ada macam-macam. Sini agak pricey but worth to try!

โœ… Susunan booth dan dewan kalini agak keliru sedikit. So kalau sedang mencari sesuatu, jgn cepat berpuas hati. Kena round semua dewan dulu tapi dekat-dekat je ๐Ÿ˜…

โœ… Daripada Laman Tiba 1 tu, korang jalan depan sedikit akan jumpa Castle of Fruits. Senang cerita syurga buah. Macam-macam buah ada. Baik daripada benih sampailah ke hasil buah. Rambang mata ck kalau jenis makan buah ๐Ÿ˜‚

โœ… Berdekatan dengan Laman Tiba 1, ada R&R. Situ ada rawatan islam & berurut. Untuk urut kaki & rawatan mata, diorang bagi PERCUMA je. Yg lain, wallahualam.

โœ… Berlepas daripada Laman Tiba 1 dengan menaiki tramp, dia akan berhenti dekat Miracle Garden dulu. Yang ni kaki selfie atau dak-dak o'od mesti s**a. Tempat tu memang cantik sangat susunan bunga-bunga dan hiasan dia!

โœ… Lepastu korang akan sampai Pavilion Negeri. Kat sini best gila untuk korang explore! Setiap Pavilion ada konsep, makanan, persembahan & aktiviti dia.

Hadiah-hadiah pun best!

Tapi ada gak negeri yg buat ala kadar. Sedih & sayang. Ntah lah mungkin diorg ada reason tersendiri.

Aku recommend utk korang explore Pavilion Nismilan. Banyak makanan percuma & meriah. Yang kedua, Perak sebab ada persembahan. Yang ketiga, Kedah sebab ada kopi free dan laman arnab. Boleh beli & murah!

โœ… Daripada Pavilion Negeri, korang boleh cross ikut jambatan. Pastu korang akan jumpa kedai jual ikan laga. Cantik-cantik. Gigih abg tu buat live tiktok tadi sebab dia sorang-sorang menjual dkt situ.

Jalan depan sedikit korang akan jumpa Laman Perikanan. Yang ni tak sempat nak jenguk tadi ๐Ÿ˜…

โœ… Basically setiap checkpoint ada tramp dia sendiri mcm aku cakap tadi. Ada A, B, C dan D. Semua ni connect each others tapi kena transit. Kalau korang ada map mcm aku suggest awal tu, korang akan paham setiap laluan tramp tu.

Kalau tengok map tu, ada merah, kuning, hijau dan biru. Tulah laluan tramp. Tapi tulah, instruction tak jelas. Penat explore tadi.

Yang pasti, biru tu kalau tak silap bas rapid. Yang menghubungkan Laman Tiba 1 & Laman Tiba 2.

โœ… Ni tips paling penting. Kalau korang pergi ke MAHA, pakai kasut bersesuaian, pakai baju bersesuaian dgn cuaca ; ada panas ada hujan, bawa payung, bawa beg galas besar kalau korang jenis rambang mata.

Kalau bawa baby tu tak suggest sangatlah, tapi boleh lah kalau nak try. Sebab bagi aku nak naik tramp dgn bas tu dengan bawa stroller bagai macam susah. Tapi boleh try kalau nak.

โœ… Orang ramai tapi jangan risau, tak berhimpit. Sebab tempat dia semua luas-luas. Ramai mcm mana pun tetap tak berlaga bahu.

----------------------------------------------

Amacam? Panjang kan tips kalini? Haha ni semua persediaan utk korang supaya tak penat macam aku penat 2 hari ni explore semua benda dlm keadaan tak tau apa-apa.

Tapi kalau boleh ringan mulut sket masa dekat sana, tanya je dekat krew baju oren tu. InshaAllah diorang membantu.

Yang penting, buat persediaan awal! Goodluck guys, bagi aku MAHA ni memang best gila sebab banyak ilmu & pengalaman aku dapat kat situ.

Tapi atas niat & emosi masing-masing nak terima sesuatu tu macam mana, haha. Adios!

p/s : Kaki aku kurang sakit sebab aku pakai stokin infrared tadi. Main tipu sket ๐Ÿคฃ

Dulu jual barang-barang s**an hanya untuk bayar yuran belajar di UTM Skudai...๐Ÿ˜…Tapi sekarang beliau adalah pemilik Al-Ik...
07/08/2022

Dulu jual barang-barang s**an hanya untuk bayar yuran belajar di UTM Skudai...๐Ÿ˜…

Tapi sekarang beliau adalah pemilik Al-Ikhsan... kedai barangan s**an milik tempatan No.1 di Malaysia! ๐Ÿคฉ๐Ÿฅณ

Ini cerita Tuan Haji Ali Hassan Mohd Hassan, founder Al-Ikhsan Sports.


1. Kisah pemilik Al-Ikhsan ni lebih kurang sama macam mana jenama burger Ramly bermula.

2. Pada tahun 1993, Tuan Haji Ali mulakan bisnes beliau dengan modal RM50. Beliau buka kiosk kecil di Holiday Plaza, JB.

3. Beliau mula bisnes Al-Ikhsan dengan isteri beliau. Mereka usahakan Al-Ikhsan bersama, kumpul duit sendiri & besarkan bisnes guna duit sendiri (setakat sehingga 2016).

4. Tahun 1994, jualan Al-Ikhsan berkembang. Masa tu ada peningkatan trend orang mula ramai nak beli barnag-barang s**an.

5. Berdasarkan cerita dari pelanggan-pelanggan yang pernah shopping di Al-Ikhsan sekitar 1990-an, Al-Ikhsan sangat pop**ar dalam kalangan remaja-remaja di JB.

6. Antara faktor pop**ariti Al-Ikhsan adalah, sebab ada offer free gift. Contohnya, beli raket tenis, percuma bola tenins. Beli kasut, dapat stokin percuma.

7. Al-Ikhsan terus berkembang dengan konsisten sehinggalah tahun 2016... Syarikat EKUINAS milik kerajaan Malaysia, melabur dalam bisnes Al-Ikhsan. Bertambah berkembang lagi dengan giat membuka cawangan-cawangam baru di serata Malaysia.

8. Hari ini, Al-Ikhsan adalah peruncit sah bagi jenama Adidas, Puma, Nike Asics dan Umbro.

9. Apa yang lagi membanggakan adalah, Al-Ikhsan juga rakan niaga rasmi untuk menjual barangan Liverpool FC di Malaysia.

10. Al-Ikhsan dalam perancangan untuk IPO di Bursa Malaysia pada 2023. Kalau jadi IPO, kita semua boleh la apply dan acah-acah jadi owner Al-Ikhsan. ๐Ÿคฃ


Antara pengajaran dari kisah pengasas Al-Ikhsan adalah:

i. Berapa modal kita ada, mula je bisnes. Sekecil mana pun modal yang ada, bukan halangan untuk mulakan bisnes.

ii.Buktikan yang bisnes kita ni bagus dulu. Bisnes bila bagus tak perlu risau pasal modal dah. Bank berani bagi pinjam, pelabur pun berani labur.

iii. offer yang menarik dapat tarik lebih ramai pelanggan dan naikkan jualan kita.

3 ๐‘ญ๐’‚๐’Œ๐’•๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’ƒ๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’๐’Š๐’• ๐‘จ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘จ๐’Œ๐’‚๐’–๐’ 1 ๐‘บ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ป๐’–๐’‚ ๐’‚๐’๐’…๐’‚:1.๐˜พ๐™–๐™จ๐™๐™ก๐™š๐™จ๐™จTidak perlu ke pejabat atau kaunter.T...
09/06/2022

3 ๐‘ญ๐’‚๐’Œ๐’•๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’ƒ๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’๐’Š๐’• ๐‘จ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’Ž๐’†๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’ ๐‘จ๐’Œ๐’‚๐’–๐’ 1 ๐‘บ๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘ป๐’–๐’‚ ๐’‚๐’๐’…๐’‚:

1.๐˜พ๐™–๐™จ๐™๐™ก๐™š๐™จ๐™จ

Tidak perlu ke pejabat atau kaunter.Tidak perlu keluarkan cash ditangan.

2.๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ž ๐™ฉ๐™–๐™ ๐™–๐™›๐™ช๐™ก ๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™ฅ๐™– ๐™–๐™™๐™– ๐™ ๐™ค๐™ข๐™ž๐™ฉ๐™ข๐™š๐™ฃ ๐™—๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ๐™–๐™ฃ

Dengan melabur menggunakan akaun 1 untuk melabur ke unit amanah,anda layak dapat perlindungan takaful dengan perlindungan serendah RM 5,000.

Anda tidak perlu mengeluarkan komitmen cash bulanan untuk bayar takaful.

3.๐™‹๐™ก๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ง๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ ๐™ž๐™ฃ๐™›๐™ก๐™–๐™จ๐™ž

Plan persaraan menggunakan akaun 1 sekurang-kurangnya dengan masa yang lebih panjang dan lama ini memberi peluang kepada anda untuk simpan lebih banyak .

Selain itu anda enjoy menikmati p**angan berdasarkan compound interest dan dapat membantu anda menikmati passive income dan lawan inflasi terutama selepas bersara kelak tanpa usik modal anda nanti.

Kawan-kawan dah buat pelaburan unit amanah akaun 1?Jika sudah buat,pastikan buat 3bulan sekali supaya dapat besarkan simpanan anda dan enjoy passive income selepas bersara nanti.







03/06/2022

Tiba masanya, meraikan semua champions, top producers, trip qualifiers 2020 dan 2021 8020 empire.

Tak sabar nak berjumpa dan meraikan kejayaan ini bersama-sama.

All that effort, teamwork, support sangat berbaloi. Worth it dan puas hati.

See you soon fellow champions.




Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malik Yacob posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share