Pusat Sukan & Rekreasi UMK

Call Website Contact the business

Pusat Sukan & Rekreasi UMK Pusat Sukan Universiti Malaysia Kelantan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), 16300 Bachok, Kelantan.

TAHNIAH ATLET PETANQUE UMK 🎉🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada atlet Petanque Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ...
25/10/2026

TAHNIAH ATLET PETANQUE UMK 🎉🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada atlet Petanque Universiti Malaysia Kelantan (UMK) atas penyertaan dalam Kejohanan Coopfest 2026 yang telah berlangsung pada 21 Oktober 2026 bertempat di Gelanggang Petanque KV Pengkalan Chepa.

Teruskan usaha, kekalkan semangat kesukanan dan semoga atlet Petanque UMK terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah! Terus maju, atlet Petanque UMK! 💪🏻🎯




23 Oktober 2026 | Program Senamrobik Sempena Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung secara serentak di ketiga-tiga kam...
23/10/2026

23 Oktober 2026 | Program Senamrobik Sempena Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung secara serentak di ketiga-tiga kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), melibatkan penyertaan warga universiti dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan.

Program ini turut mendapat sokongan dan kehadiran YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, yang bersama-sama memeriahkan program senamrobik di UMK Bachok.

Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha UMK dalam menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara 2026, di samping menggalakkan warga universiti mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas.

Program Senamrobik UMK Sempena Hari Sukan Negara 2026 🇲🇾 - UMK sudah bersedia?! ⚡Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.Suk...
21/10/2026

Program Senamrobik UMK Sempena Hari Sukan Negara 2026 🇲🇾 - UMK sudah bersedia?! ⚡

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan Dan Rekreasi, Pejabat TNCHEPA menjemput seluruh warga UMK yang berkelapangan untuk menyertai program seperti ketetapan berikut :

🎯Program Senamrobik UMK Sempena Hari Sukan Negara 2026
📅 23 Oktober 2026 (Jumaat)
🕔 7.30 Pagi hingga selesai
📍 UMK Bachok (Tamu Waris)
📍 UMK Kampus Kota (Dataran Kolej Kediaman)
📍UMK Kampus Jeli (Astaka Terbuka)
👕 Pakaian : Sukan / Bersesuaian

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
📞 En Megat Zawawi : 012-557 6795
📞 En Noriman : 017-930 1612
📞 En Amerul Aqmal : 016-775 4606

*E-Sijil Penyertaan, Air Mineral & Roti Disediakan*

Semua di Jemput Hadir 🇲🇾
Malaysia Aktif, Jom Warga UMK Bersama Kami! ⚡


HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH JELI 2026UMK Kampus Jeli | 10 Oktober 2026Pejabat Belia dan Sukan Jeli dengan kerjasa...
10/10/2026

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH JELI 2026

UMK Kampus Jeli | 10 Oktober 2026

Pejabat Belia dan Sukan Jeli dengan kerjasama UMK Kampus Jeli telah menganjurkan Hari Sukan Negara 2026.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Wan Fahazil bin Wan Mohamad Jaafar, Ketua Jajahan Jeli. Program ini berjaya menghimpunkan 950 peserta terdiri daripada warga UMK, pelajar MRSM dan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi, sekali gus menggalakkan penglibatan aktif komuniti serta membudayakan gaya hidup sihat.





10 OKTOBER 2026 | SABTUPROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTANSekitar kemeriahan sambutan Hari Sukan Negara ...
10/10/2026

10 OKTOBER 2026 | SABTU

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Sekitar kemeriahan sambutan Hari Sukan Negara 2026 yang berlangsung di kawasan letak kereta AEON Mall Kota Bharu dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam memeriahkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi.

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menghantar seramai 40 orang pelajar yang diiringi oleh staf Pusat Sukan dan Rekreasi, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UMK bagi bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi menyemarakkan budaya hidup aktif serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan bersukan dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan diri.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Semoga penyertaan UMK dalam program ini dapat terus memupuk amalan gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan budaya sukan dalam kalangan warga universiti dan masyarakat.





Info @ PSKUMK DALAM KELAS TERSENDIRI DI MR.MALAYSIA 2026Atlet bina badan UMK berada di kedudukan 10 terbaik di Alor Seta...
05/10/2026

Info @ PSK

UMK DALAM KELAS TERSENDIRI DI MR.MALAYSIA 2026

Atlet bina badan UMK berada di kedudukan 10 terbaik di Alor Setar, Kedah.

Muhammad Faris Bin Faizal Haedee Atlet Bina Badan UMK dari Fakulti Sains Bumi (FSB) mendapat tempat ketujuh keseluruhan bagi kategori 65 kg Open Bantam di Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia 2026.

Kejohanan ini adalah kejohanan terakhir sebelum beliau bersara dalam tempoh 2 tahun bagi memberi fokus projek ilmiah tahun akhir di fakulti.




Syabas diucapkan kepada Pasukan Sepaktakraw UMK atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 di Varsity Sepaktakraw League (VSL) 202...
04/10/2026

Syabas diucapkan kepada Pasukan Sepaktakraw UMK atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 di Varsity Sepaktakraw League (VSL) 2026 Grand Final.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan! 💪🏽🔥

Syabas diucapkan kepada Muhammad Shukri Bin Suhaidi atas kejayaan meraih Pingat Perak di Varsity Track And Field Grand F...
04/10/2026

Syabas diucapkan kepada Muhammad Shukri Bin Suhaidi atas kejayaan meraih Pingat Perak di Varsity Track And Field Grand Final 2026.

Tahniah dan teruskan kecemerlangan! 💪🏽🔥

Info @ PSKUMK MELAKAR SEJARAH BAHARUAtlet bina badan UMK muncul juara di Kejohanan NPC Regional Body Building, Indonesia...
04/10/2026

Info @ PSK

UMK MELAKAR SEJARAH BAHARU

Atlet bina badan UMK muncul juara di Kejohanan NPC Regional Body Building, Indonesia.

Muhammad Faris Bin Faizal Haedee Atlet Bina Badan UMK dari Fakulti Sains Bumi (FSB) membuat penampilan sulung di pentas antarabangsa dan menjadi juara dengan menerima Pingat Emas kategori Men’s Bodybuilding Junior, Pingat Perak bagi kategori Men’s Physique Junior dan dan Pingat Gangsa bagi kategori Men’s Classic Physique Junior di NPC Regional Body Building Indonesia.




01/10/2026

Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah, serta Seluruh Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merakamkan ucapan Tahniah kepada YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad bin Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) atas pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Ke-57, Tahun 2026.




Jangan lupa untuk Follow, Like, Comment & Share.

Address

UMK BACHOK
Bachok
16070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sukan & Rekreasi UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sukan & Rekreasi UMK:

Shortcuts

Share