28/05/2021
Semasa kempen pilihanraya, jentera kempen besaran ditubuhkan. Peraih peraih undi datang dari segenap tempat masuk ke kampung kampung pedalaman dan pemimpin pemimpin tempatan menjadi tonggak kepada gerakan kempen.
Kempen untuk vaksinasi haruslah sehebat kempen pilihanraya. Bayangkan, jutaan rakyat masih lagi belum mendaftar untuk vaksin. Mereka ini bukannya anti vaksin atau enggan vaksin, tetapi majoritinya golongan terpinggir dan pedalaman yang tidak mendapat akses untuk pendaftaran.
Hal ini perlu menjadi agenda UTAMA negara kerana ,
- Insidens kes positif berbanding jumlah pop**asi antara yang tertinggi di dunia
- Bilangan kematian harian meningkat, katil ICU sudah penuh
- PKP penuh tidak mampu dilakukan untuk kepentingan ekonomi masyarakat
Jangan hanya tunggu dan mengharap KKM sahaja, mereka telah terlalu sibuk dengan aktiviti merawat dan kawalan penyakit.
Kepada pemimpin tempatan, belia belia kampung harapan bangsa, inilah peluang untuk anda menyinar. Ini ruang untuk anda membantu bersama dalam memerangi pandemik.
Cepat2 kita capai imuniti kelompok dan meletakkan titik noktah kepada kelesuan pandemik ini.