11/02/2021
Semua individu yang disyaki telah terdedah dengan virus covid-19 diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 10 hari.
Mereka adalah kontak rapat kepada kes Covid-19 dan juga Individu yang baru pulang dari negara luar.
Mengapa 10 hari, bukan 7 hari atau 3 hari?
Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus (incubation period) bagi virus ini adalah antara 5-6 hari. Sebelum ini, tempoh kuarantin adalah 14 hari, namun selepas kajian lanjut dilakukan, didapati kebolehjangkitan telah menurun sehingga kurang dari 1% pada hari ke 10. Oleh itu, tempoh kuarantin telah dipendekkan dari 14 hari ke 10 hari.
Namun sehingga kini, tiada kajian atau bukti kukuh menunjukkan tempoh 3 hari mencukupi dan selamat walaupun menggunakan kaedah “travel bubble”
Ya, memang benar aktiviti ekonomi perlu dimulakan segera, namun pandemik perlu ditangani dengan berkesan terlebih dahulu 🙏🏻