21/05/2026
Lama saya tidak menulis di sini.
Bukan kerana tiada perkara untuk dikongsikan tetapi kadang-kadang, dalam dunia yang terlalu bising, kita perlu diam sebentar untuk melihat manusia dengan lebih jelas.
Sebab bahasa badan tidak pernah berhenti bercakap.
Dalam mesyuarat, ia bercakap.
Dalam rundingan, ia bercakap.
Dalam perbualan biasa, ia bercakap.
Dalam cara seseorang mengelak mata, menahan suara, memegang telefon, mengubah posisi duduk, atau tersenyum tanpa emosi, semuanya memberi petunjuk.
Masalahnya, ramai orang terlalu fokus kepada apa yang disebut, sampai terlepas pandang membaca apa yang sedang disembunyikan.
Di sinilah pentingnya memahami body language dan behavioral influence.
Bukan untuk memanipulasi orang.
Bukan untuk cepat menghukum tetapi untuk membaca risiko, memahami emosi, mengenal niat dan membuat keputusan dengan lebih tajam.
Mulai hari ini, saya akan kembali berkongsi secara lebih konsisten tentang:
• Bahasa badan.
• Pengaruh tingkah laku.
• Psikologi komunikasi.
• Leadership behavior.
• Negotiation signal..
..dan realiti manusia yang sering tidak disebut tetapi jelas kelihatan kerana dalam dunia hari ini, orang yang hanya mendengar kata-kata akan mudah terpedaya tetapi orang yang mampu membaca tingkah laku, akan melihat lebih awal apa yang orang lain hanya sedar selepas terlambat.
Perhatikan manusia. Bukan sekadar dengar apa mereka katakan tetapi baca juga apa tingkah laku yang mereka sedang dedahkan.
— Shahrom Hassan
Behavioral Risk & Influence Specialist