03/09/2026
TERIMA KASIH REGU MSS KEDAH 🙏
Pencapaian yg sangat membanggakan apabila regu Emas ini berjaya mengangkat nama Sepak Takraw Negeri Kedah & telah membuka mata pencinta Sepak Takraw Negara bahawa Takraw Kedah telah kembali ke landasan seiring nama negeri lain yg hebat dlm Sukan Sepak Takraw Negara .
Lebih membanggakan , Kedah berjaya memenangi acara kemuncak atau ibu pingat kepada Kejohanan ini setelah lebih dari 20 tahun Kedah tidak pernah menjadi Juara kategori Bawah 18 tahun.
Kali terakhir Kedah Juara Acara Regu adalah pada tahun 2017 bg kategori bawah 12 Tahun & Juara BEREGU bawah 15 tahun pada tahun 2025.
Saf Kepimpinan Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah mengucapkan Jutaan terima kasih tak terhingga kepada Barisan Pengurusan serta Jurulatih MSS Kedah ( Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ) kerana sentiasa memberikan komitmen yg sngt luar biasa dlm membentuk serta melatih pemain² seawal usia 9 tahun .
Kerja keras Guru² di balas dgn Kejayaan yg luar biasa .
Terima kasih teramat tinggi kepada KTPC ( Kulim Technology Park Corporation ) yg memberi sumbangan kepada Persatuan untuk membantu serta membangunkan ubi² Sepak Takraw di Negeri Kedah .
Persatuan akan terus memberikan komitmen yg tinggi utk terus membantu Pembangunan Sepak Takraw di dalam Negeri Kedah dlm memastikan Negeri Kedah sentiasa berada dalam kelompok Pasukan terbaik di dalam negara.
Semoga kerjasama erat ini akan lebih utuh demi membangunkan Sukan warisan Sepak Takraw & lebih di minati serta menjadi budaya dlm masyarakat khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.
" Dari Akar ke Puncak "