26/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN TENPIN BOLING PARA NEGERI KEDAH KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
π
13 Ogos 2026 (Khamis)
β° 3.00 petang
π Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Wisma Persekutuan Anak Bukit, Kedah
Delegasi Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah (PTBK) yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Encik Mohd Khairul bin Ishak, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Azura binti Hajin Sarbin, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Turut hadir bersama delegasi PTBK ialah Encik Ariff bin Abdullah, Timbalan Pengerusi dan Puan Siti Sarah Yahya, Setiausaha Persatuan, manakala pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut diwakili oleh pegawai-pegawai kanan jabatan.
Kunjungan hormat ini merupakan sesi perkenalan rasmi Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, di samping memperkenalkan peranan, aktiviti serta hala tuju persatuan dalam pembangunan sukan tenpin boling para di Negeri Kedah.
Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara PTBK dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, khususnya dalam pembangunan serta pemerkasaan sukan para di Negeri Kedah.
Perbincangan turut menyentuh persiapan Team Para Boling Negeri Kedah bagi menghadapi Temasya Para SUKMA Selangor 2026, selain perancangan pelaksanaan Karnival Tenpin Boling Para Negeri Kedah 2026 yang akan dilaksanakan melalui kerjasama PTBK dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan sokongan Dana Sukan Komuniti.
Karnival ini diharap dapat menjadi platform untuk memperkasa sukan tenpin boling para, menggalakkan penyertaan komuniti serta mencungkil dan mengembangkan bakat baharu dalam kalangan atlet para di Negeri Kedah.
Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah atas kesudian menerima kunjungan serta komitmen dan sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama yang terjalin ini terus diperkukuh demi pembangunan dan kecemerlangan sukan tenpin boling para Negeri Kedah. π³πͺ