20/02/2021
Antara kelebihan aktiviti kayuh basikal :
1. Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada National Forum Coronary Heart Disease Foundation penunggang basikal biasa akan menikmati tahap kecergasan yang sama dengan seseorang yang berumur sepuluh tahun lebih muda.
2. Aktiviti fizikal yang dapat memberi manfaat kepada golongan emas yang berusia antara 60 tahun ke atas seperti meningkatkan kekuatan, keseimbangan dan koordinasi tubuh badan.
3. Senaman yang dikategori sebagai “non-weight bearing” ini mampu memberi tekanan yang sedikit ke atas sendi terutama di bahagian kaki namun ia tidak seperti senaman yang lain seperti berlari dan bersenam.
4. Kajian yang dilakukan oleh British Heart Foundation, berbasikal sebanyak 32 kilometer selama seminggu akan mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung jika dibandingkan dengan mereka yang tidak melakukan sebarang aktiviti senaman.
5. Melalui tinjauan pengguna basikal daripada sebuah artikel yang diterbitkan di Jurnal of Environmental and Public Health, berbasikal adalah cara terbaik untuk meluangkan waktu bersama ahli keluarga dengan membawa anak kecil bersama. Ini dapat melahirkan keakraban dalam situasi kekeluargaan.
6. Kekerapan menunggang basikal akan menjadikan tubuh semakin sihat. Kehilangan lemak di badan akan mencapai perubahan keseimbangan tenaga, seterusnya mudah untuk mengawal berat badan.
7. Aktiviti ini dapat menghasilkan perubahan sikap yang luar biasa seperti memperoleh keyakinan diri, mengimbangi tekanan serta menikmati kehidupan yang lebih sejahtera.
8. Gangguan seperti sukar tidur, mengalami keletihan serta pengambilan ubat – ubatan juga kurang berlaku dalam kehidupan seharian.
9. Aktiviti fizikal ini dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit kanser. Kajian mendapati berbasikal dapat mengurangkan risiko purata sebanyak 40 – 50 % terhadap penyakit kanser kolon manakala bagi kekerapan wanita yang aktif berbasikal p**a dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser payudara kepada 34 %.
10. Mewujudkan kemahiran berfikir secara lebih kreatif. Ini disebabkan pengaliran oksigen yang lancar dapat memberi ruang untuk proses berfikir secara lebih aktif dan kreatif.
11. Berbasikal dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang memberi kedamaian dan ketenangan kepada penunggang basikal.
12. Berbasikal dapat mengelak daripada pencemaran udara. Ini kerana penunggang basikal hanya menghirup asap yang sedikit jika dibandingkan pemandu yang berada di atas jalan raya kerana penunggang basikal dapat melalui laluan atau lorong yang berlainan dari kenderaan lain.
13. Salah satu daripada aktiviti bersosial. Kelebihan berbasikal secara berkump**an dapat menyumbang idea, pengalaman, perjalanan serta cabaran di samping bertukar pandangan.
14. Berbasikal menjadikan anda berasa lebih sihat dan bahagia serta sekaligus dapat meningkatkan prestasi kerja dengan lebih yang baik di dalam kehidupan.
Sumber : Majalah Sains
Kredit : Khalid (Pengarah AFC Malaysia)