29/09/2026
Pemimpin hebat tidak terbentuk secara kebetulan. Kepimpinan perlu direka.
Alhamdulillah, selesai satu lagi sesi Lead with Impact™ Leadership Lab pada 28 September 2026 di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya.
Saya sangat gembira melihat para peserta daripada pelbagai organisasi dan latar belakang hadir dengan satu tujuan yang sama — untuk menjadi pemimpin yang lebih baik dan membawa impak yang lebih besar.
Sepanjang program ini, kami bukan sekadar bercakap tentang teori kepimpinan.
Kami membuat refleksi.
Kami mencabar cara berfikir.
Kami berkongsi pengalaman.
Dan yang paling penting, kami belajar bagaimana untuk memimpin dengan lebih sedar dan terancang.
Satu mesej yang saya tekankan kepada semua peserta:
Jawatan tidak menjadikan seseorang itu pemimpin. Cara kita berfikir, bertindak, berkomunikasi dan memimpin orang lainlah yang menentukan kualiti kepimpinan kita.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, keterbukaan dan kesungguhan sepanjang program.
Pembelajaran tidak berakhir apabila kita keluar dari bilik latihan.
Sekarang, masanya untuk anda mereka bentuk kepimpinan anda sendiri.
Dr Amat Taap Manshor
The Leadership Architect
Now, Everyone Can Lead.